Wednesday, October 27, 2010

TUGASAN INDIVIDU- ARTIKEL

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep “Art Education” kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
• Siapa yang kita ajar
• Mengapa kita mengajar
• Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan “selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah “kekurangan”.

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa.
Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :

• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik)
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
• pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin
berkembang
• pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah merancang
pelajaran dengan memfokuskan kepada prosidur (Lansing 1971, Efland 1977)

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? “Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”

Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih “glamour”.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang).

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.
Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang. Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.
Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil. Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.





Rujukan:

Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal
Cognition. Behavior Science.
Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt Brace College Pub
Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press.
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc.
Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.

TUGASAN INDIVIDU - ARTIKEL


Pendidikan  Seni Di Malaysia
Antara Kontekstual dan Esensial
Oleh Izani Mat il M. Hum.

Pendahuluan



            Bila menyentuh pendidikan seni di Malaysia pada saat ini , memang penuh dengan kritik, bahkan mungkin  kritiknya amat tajam sehingga menimbulkan jalan fikir untuk meninjau kembali struktur pendidikan seni di Malaysia. Sejak diperkenalkan secara formal pada 1922  hingga kini pendidikan seni telah menempuh perjalanan sejarah yang cukup panjang. Pendidikan seni yang pada peringkat awal diperkenalkan di SITC cukup selesa dengan keberadaannya kini semakin banyak menerima keritikan. Kritikan yang tajam akhir-akhir ini akhirnya meletakkan pendidikan seni sebagai pendidikan kelas dua yang menyebabkan ramai ibubapa tidak menggalakkan anak-anaknya mempelajari mata pelajaran pendidikan seni. Banyak orang mengatakan bahawa pendidikan seni pendidikan yang tak sampai, pendidikan yang salah tafsir, pendidikan sia-sia, pendidikan yang perlu direformasi dan sebagainya. Kalaulah keadaan yang sedemikian berterusan hal ini perlu dikaji secara mendalam, dimana letak permasalahan yang perlu ditinjau kembali.
            Terus terang tidak mudah untuk menulis tentang pendidikan seni secara menyeluruh, walaupun begitu penulis akan berusaha memberikan tanggapan mengenai pendidikan seni yang ada dipendidikan umum di Malaysia. Sebelum penulis membahas lebih jauh mengenai pendidikan seni, ada baiknya kita ketahui dahulu apa sebenarnya yang dikatakan pendidikan.
            Berdasarkan pengertian pendidikan secara umum (segala bidang pendidikan), pendidikan adalah tuntunan hidup dalam proses pertumbuhan kanak-kanak[1]. .Secara etimologi, pendidikan berasal dari bahasa Belanda,  Paedagogiek. Pais bererti anak; gogos artinya membimbing/tuntunan; iek artinya ilmu. Jadi secara etimologi Paedagogiek adalah ilmu yang memberikan bimbingan kepada kanak-kanak. Dalam bahasa Inggeris pendidikan diterjemahkan menjadi Education. Education berasal dari bahasa Yunani educare yang bererti membawa keluar yang tersimpan dalam jiwa anak, untuk dibimbing agar tumbuh dan berkembang.
Pendidikan pada hakikatnya adalah usaha secara terancang  dalam pembentukan pembangunan sumber daya manusia yang berkualiti, berdedikasi, berkeperibadian, bertanggungjawab, berpengetahuan, beriman, berbudi dan terampil untuk mencapai tahap  manusia yamg berguna. Peranan  pendidikan dalam kehidupan manusia sangat penting dan mempunyai pelbagai aspek kehidupan bagi setiap individu. Proses belajar yang sedemikian merupakan suatu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan dan harus terintegrasi didalam satu titik pusat pendidikan .
Dalam upaya membentuk manusia yang mampu hidup dalam segala kondisi, pendidikan dapat dilalui melalui tiga saluran pendidikan yang saling berkait. Tiga jalur pendidikan tersebut yaitu,  pendidikan formal yang dilaksanakan di sekolah, jalur pendidikan non formal yang dilaksanakan oleh organisasi atau badan-badan tertentu dalam masyarakat dan jalur pendidikan informal yang berlaku di dalam lingkungan keluarga.
Dalam hal ini untuk memberikan pengeartian yang luas bagi peranan pendidikan yang berorentasi bahwa pendidikan selalu saling ada hubungan antara pendidikan informal, non formal dan formal, kerana paling tidak keberadaan pendidikan formal adalah mempersiapkan tenaga yang mengikut keperluan fungsi sosial dalam masyarakat.
Dalam kaitan ini perkembangan seni, secara hakiki tidak dapat dipisahkan dengan masalah pendidikan.[2]  Pendidikan seni adalah salah satu segi usaha pendidikan yang bermaksud mendidik dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan rasa keindahannya, sesuai dengan bakatnya serta selaras dengan kemampuan kodratnya atau dengan kata lain mengungkapkan naluri estetiknya , agar ia dapat berkembang sebagai manusia estetis yang aktif, kreatif dan berpribadi.[3] 
Konsep matlamat pendidikan seni kearah membentuk keperibadian perlu diteliti kembali dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di Malaysia.  
Pada hakikatnya hampir seluruh aspek kehidupan manusia berkaitan dengan kegiatan seni.  Mengingat lahirnya berbagai jenis seni adalah ekoran dari keperluan manusia untuk kepentingan hidupnya,  pemanafaatan setiap jenis seni akan menjadi lebih mantap jika memahami beberapa komponen yang menjadi prinsip terwujudnya sebuah hasil karya seni.[4]

Semakin merdekanya sesuatu bangsa dan semakin terbukanya peluang sesaorang menikmati seni semakin besar pula kesempatan itu dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan. Pendidikan seni sangat strategis dan sangat menunjang pembentukan jiwa Dan menjadi lahan yang subur untuk menumbuhkan jiwa kreativiti. Daya kreatif ini tidaklah hanya sempit dibidang kreativiti seni semata-mata tetapi kreatif dalam erti yang luas seperti   kreatif menciptakan hal-hal yang bermanfaat dalam kehidupan masyarkat, kreatif menyelesaikan masalah, atau dengan kata lain kekayaan kreativiti yang tidak terhingga.
Dari uraian tersebut, pengembangan seni melalui pendidikan perlu diusahakan agar dapat menampung dan menumbuhkan kreativiti dalam berkarya, meningkatkan apresiasi masyarakat serta memperluas kesempatan mesyarakat menikmati seni. Dalam hal ini pendidikan seni memiliki makna ganda yaitu:  
  1. Seni dapat diajarkan melalui pendidikan disekolah,sejak pendidikan dasar, pendidikan     umum atau menengah dan pendidikan  tinggi, yang perlaksanaanya melalui kurikulum mahupun ekstra kurikuler.
  2. Seni dapat diajarkan melalui pendidikan luar sekolah, berupa kegiatan paguyuban , sanggar , lembaga masyarakat ,balai latihan kerja seni.
    Dalam kaitan pendidikan seni ,maka makalah ini akan membatasi permasalahan dalam pendidiakn formal khususnya dalam bidang seni rupa sesuai topic pembahasan apa manfaatnya dan probelematikanya pendidikan tersebut.
Pendidikan seni rupa hakikatnya sebagai salah satu usaha untuk mencapai pendidikan nasional, yang dijabarkan dalam Institusional sehingga menjadi saranan yang efektif dalam meningkatkan Dan mengembangkan ekspresi jiwa yang dapat dari pengalaman-pengalaman.
            Dengan termasuknya pendidikan seni rupa menjadi salah satu penunjang pembangunan nasional dalam bidang pendidikan , maka terciptalah mata pelajaran ini disekolah-sekolah umum. Adapun yang menjadi tujuan dari pendidikan seni rupa adalah untuk menanamkan  dan mengembangkan cita rasa keindahan dan ketrampilan berolah seni serta rasa cinta dan bangga terhadap seni budaya bangsa.
            Kalau kita telusuri pendidikan seni rupa diIndonesia masuk dalam studi kesenian . Pendidikan ini lahir dan tampil pada tahun enam puluhan, sebagai saranan dan wadah bagi anak didik yang mengungkapakan pikiran dan peranannya dengan kebebasan.Dengan latar belakang ini dikembangkan pendidikan seni rupa di dalam kurikulum agar siswa dapat mengembangkan kreativitas yang bebas dan sekaligus pengembangan ekspresi jiwa.
            Pendidikan seni rupa sebagai ekspresi diperkenalkan di Indonesia bersama dengan ajaran-ajaran mengenai teori pendidikan Montessori dan teori estetika dari Susan Langer,Stanyana, John Dewey, Herbert Read dan Victor Lowenfeld yang diajarkan diperguruan tinggi seperti seni rupa ITB.Jadi sebetulnya tidak begitu lama kurang  lebih pada tahun lima puluhan.Meskipun Sudjojono telah menggunakan kata ekspresi untuk tulisan yang menyerang lukisan gaya Basuki Abdullah awal tahun empat puluhan , namun praktek pendidikan yang menerapkan seni sabagai ekspresi baru merupakan  eksperimen di Taman Siswa dan diterapkan setelah tahun enam puluhan .
            Tujuan pendidikan seni rupa di sekolah  menengah umum dapat dilihat dari kurikulum 1975 tercantum pendidikan seni rupa sebagai berikut:
1.      Siswa memiliki pengetahuan Dan pengertian yang cukup memperkembangkan pengetahuan dan pengertiannya dikemudian hari.
2.       Siswa dapat menikmati, mengagumi Dan mempunyai apresiasi serta orentasi tentang karya seni Indonesia  dan luar Indonesia.
3.       Siswa memiliki ketrampilan yang cukup memadai dalam bidang kesenian sehingga dapat menjadi bekal dalam kehidupan di kemudian hari.
Akhirnya tujuan ini disederhanakan dalam kurikulum SMU tahun 1984 yaitu; siswa memiliki kemampuan berapresiasi terhadap alam lingkungan Dan karya seni, dapat memanfaatkan pengalamannya untuk berkomunikasi secara kreatif melalui kegiatan berkarya seni dalam usaha mengembangkan Dan  menjunjung tinggi nilai budaya bangsa.[5]Siswa dapat berapresiasi pada karya seni rupa Dan olah pengalaman dalam berkarya kreatif sesuai dengan jenis kegiatan pilihan masing-masing.[6]
Dalam bukunya Educating Artistic Vision, Eliot Eisner membagi dua golongan tujuan dalam pendidikan seni ,yaitu:
1.. Tujuan yang sifatnya kontekstualistik, yaitu pemanfaatan pendidikan seni rupa sebagi instrument untuk mencapai sesuatu yang ada diluarnya (ingat slogan Art as Education),misalnya, mengembangkan kreativitas, seni rupa dimanfaatkan untuk terapi,membantu pembentukan konsep-konsep dalam mata pelajaran laindan sebagainya.
  1. Tujuan pendidikan seni rupa yang sifatnya esensialistik, yakni pemanfaatan seni rupa sebagai pembinaan pengalaman dan pengertian visual yang unik dan hanya bias  dicapai oleh pendidikan seni rupa untuk pendidikan ( dalam hal ini bandingkan dengan, misalnya, tesis John Dewey (Art as Experience). Bagian ini jangan disalahmengertikan dengan pendidikan seni rupa untuk mempersiapkan anak didik menjadi seniman.[7]
11. Manfaat Pendidikan Seni Rupa
                  Kalau kita bicara manfaat pendidikan seni rupa sebenarnya pendidikan ini sangat besar manfaatnya terhadap ilmu pengetahuan dan teknologi serta pelajaran-pelajaran lainnya yang diajarkan di pendidikan sekolah umu, misalnya pelajaran IPA, Matematik,IPS dan sebagainya.Bisa dikatakan bahawa seni rupa adalah juga ilmu pengetahuan dan juga teknolog.Apalagi kita akan memasuki era globalisasi dimana seni bukan masalah ekspresi(ungkapan batin seniman)tapi adalah, yang mempunyai fungsi.
                  Pemanfaat pendidikan seni rupa,Eliot Eisner dalam Soedarso SP dalam hubungannya dengan tujuan yng kontekstualistik ada sedret fungsi yang pernah dititipkan kepada pendidikan seni rupa.. Meskipun Eisner juga menyatakan bahwa setiap pemanfaat seni rupa untuk kepentingan lain itu sesungguhnya melemahkan kesempatan untuk memperoleh pengalaman seninya sendiri dan oleh kerana itu dapat dianggap sebagai menyorot apa yanr seharusnya dapat diperoleh anak-anak didik dari pelajaran seni rupa.Adapun fungsi pendidikan seni rupa itu, yaitu :
  1. Seni rupa dipakai untuk tujuan yang fisiologis sifatnya
  2. Seni rupa sebagai terapi
  3. Seni rupa sebagai penyalur hobby (avokasional).
  4. Seni rupa sebagai persiapan profesi (vokasional)
  5. Seni rupa sebagai medium untuk pengembangan creative thingking.
  6. Seni rupa membantu matapelajaran yang lain .
  7. Seni rupa membantu pembentukan pribadi.
  8. Pendidikan seni rupa diambil nilai fungsional/praktisnya.
  9. Pendidikan seni rupa sebagai saranan penuangan tradisi.[8]              
Disamping fungsi diatas pendidikan seni rupa sebagai saranan mengenalkan budaya bangsa. Kita ketahui hasil budaya khususnya seni di Indonesia beranika ragam.Adanya pengenalan budaya bangsa akan membangkitkan dan menanamkan rasa cinta tanah air dan bangsanya, dimana selalu berhubungan dengan rasa kebangsaan.Dengan selalu bergaul dan mengenal seni bangsa sendiri, lama kelamaan tertanam rasa cinta dan menghormati bangsa sendiri dan bangga akan karya-karya bangsanya.
            Adapun tujuan yang esensialistik sifatnya, menurut Eisner adalah suatu Artistic Learning yang pada garis besarnya dapat digolongkan dalam tiga sektor, iaitu:
(a) Pengembangan kemampuan penciptaan bentuk-bentuk seni rupa
(b) Pengembangan kemampuan persepsi estetik.
(c)Pengembangan kemampuan pemahaman seni sebagai satu fenomena cultural.
            Engku M. Safei, merinci fungsi pendidikan seni rupa di sekolah umum antara lain:
1.                  Berjiwa kritis melalui latihan mata dalam membedakan garis lurus dan tebal, lurus dan bengkok, warna yang satu dengan yang lain.
2.                  Berjiwa harmonis melalui latihan menyusun komposisi bentuk dan warna yang sesuai dengan perasaan estetika 
3.                  Berjiwa berani mengambil keputusan melalui latihan mencoret pensil, pena atau kwas secara tepat pada bidangnya.
4.                  Berjiwa mampu menerima kritik dan memperbaiki kesalahan atau kekurangan pada hasil lukisan .
5.                  Berjiwa toleran atas perbedaan sikap dan pikiran seseorang melalui latihan melukis objek yang sama tapi berbeda dalam visi dan stil masing-masing .
6.                  Berkemampuan mengembangkan imejinasi secara kreatif melalui latihan melukis bebas atau meniru alam dengan harga senilai (bukan meniru dengan harga bentuk ).
7.                  Berjiwa displin melalui latihan menyiapkan setiap pekerjaan sampai selesai apabila telah dimulai.[9]
Dalam hal ini ,pendidikan seni rupa tidak hanya ditilik dari bentuk dan strata dan formalnya saja melainkan juga harus  difahami sebagai suatu piranti dasar pemahaman kesenian itu sendiri. Pendidikan ini harus dijadikan pendidikan untuk memahami kesenian, yang didalamnya tidak hanya tersedia sekumpulan pengetahuan, tetapi justru pemahaman terhadap seluk beluk dan upaya pengembangan seni agar tujuan pendidikan disekolah umum bisa tercapai:
           Tujuan pendidikan seni disekolah-sekolah umum adalah untuk menunjang tercapainya institusional pendidikan disekolah itu bahkan tujuan pendidikan pada umumnya,yaitu membentuk pribadi-pribadi yang utuh, yang berkembang semua fungsi serta kemampuan dengan baik,berkembang fungsi kognitif,efektif, serta psikomotoriknya.Setiap kurikulum berikut  bagian-bagiannya harus berorentasi kepada tujuan pendidikan dan bersifat interaktif, artinya setiap bagian dari kurikulum tersebut harus berperanan dalam menunjang tercapainya tujuan pendidikan.[10]
111.  Problematikanya Pendidikan Seni Rupa
      Seandainya pemanfaatan pendidikan seni rupa disekolah-sekolah umum itu benar-benar direalisasikan dengan sistem pendidikan yang tepat, alangkah luar biasanya manfaat dari pendidikan seni rupa bagi pembentukan perkembangan manusia, kerana manusia menciptakan dan menerima seni secara rohani dan jasmani. Di sini pendidikan seni merupakan satu bentuk pendidikan yang baik kerana seni dapat berbuat banyak dalam pendidikan dan dimanfaatkan pada bidang-bidang lainnya.
      Akan tetapi, sebuah reality bila kita mengamati dunia pendidikan seni rupa diIndonesia masih belum memenuhi harapan kita semua.Diskusi-diskusi,seminar-seminar bahkan kritikan-kritikan tajam selama ini belum memberikan harapan akan tumbuhnya tat-pikir yang tepat didalam memberikan sumbangsihnya,kemana arah pendidikan ini yang ingin kita harapkan.Selama ini pendidikan seni rupa disekolah menengah umum cenderung belum secara maksima, sehingga pendidikan seni rupa belum begitu popular disbanding dengan pelajaran lain seperti IPA,IPS,Matematika dan sebagainya.Kurangnya siswa memahami pendidikan seni ini,disebabkan kurikulum matapelajaran seni rupa yang tidak ditilik secara saksama,kurangnya guru yang professional di bidang seni rupa disamping sarana dan prasarana yang belum memadai.
      Dalam kaitan probelmatika pendidikan seni rupa,saya mencoba memberi gambaran apa yang sebenarnya terjadi dalam pendidikan ini, khususnya dipendidikan sekolah umum.Memang begitu banyak dan kompleks problematika pendidikan ini sehingga tidak mudah untuk dijelaskan dan perlu waktu yang panjang untuk memberi uraian yang tepat dan terarah.
      Selama ini yang terjadi dalam pendidikan seni rupa belum mengarah kepada tujuan yang diharapkan,kerana tidak ditiliksecara saksamakeberadaan kurikulum dalam pendidikan ini.Hal ini mengakibatkan pendidikan seni rupa kurang bermakna yang mendalam bagi anak didik.Sering terjadi salah tafsir dalam system kurikulum pendidikan menengah umum.Pendidikan seni rupa yang menekankan kebebasan berekspresi selain belum waktunya untuk dinalarkan pada anak didik, juga akan menyulitkan guru untuk menilai.Kenyataaan bahwa proses berseni itu mengungkapkan ,akan tetapi lebih ditujukan istilah ekspresi yang dikaitkan dengan gejolak jiwa.Perlu diketahui gejolak jiwa adalah semata-mata sensasi yang ditimbulkan oleh rangsangan yang menghampiri salah satu  perasaan organ .Hal ini akan membuat reaksi  berubah-ubah dari satu keadaan kepada keadaan lain dengan cepat pada jenis rangsangan.Secara umum eksperasi kejiwaan adalah masalah-masalah yang sangat komplek, banyak dipertimbangan serta penghayatan nilai dan ini akan menyulitkan seseorang guru untuk menilai karya anak didik.Dengan tolak ukur apa guru untuk menilai?.Bagaimana guru bisa mengetahui  bila anak didik melukis abstrak itu semata-mata pelarian kerana anak didik tidak mampu menggambar .Bagaimana guru membandingkan pencapaian anak didik disatu pihak melukis dengan gaya Naturalisme, dipihak lain anak didik melukis dengan gaya Ekspresionisme?.Malahan,seringkali penilaian terhadap pendidikan   seni rupa salah dan benar sebagaimana pelajaran IPS maupun IPA. Kesulitan ini memang bukan ditimbulkan oleh guru, tapi terletak pada kurikulum pendidikan seni rupa.
      Akan tetapi lain halnya bila ekspresi itu sebagai percobaan untuk melatih kepekaan persepsi visual,tentang pengertian garis,proporsi,bentuk,irama balans .Ini semua merupakan aspek-aspek estetika yang sangat diperlukan didalam karya teknologi sebagai pengganti karya ilmiah. Apalagi karya teknologi selalu melibatkan sains,matematik,IPA,estetik,kriya dan ketrampilan yang saling terikat.Hal yang terpenting dalam hal ini bagaimana pengalaman estetis itu diarahkan untuk merangsang daya imajinasi menghadapi masalah yang konkrit dan mengembangkan daya kreatifitas dengan cara berfikir visual,yang memungkinkan siswa menggunakan pengalaman tersebut sebagai instrument untuk berkreasi apa saja.Sedangkan masalah keindahan yang merupakan inti berseni tidak diertikan sebagai keindahan formal yang relaitif,tapi pada nilai kegunaan yang sesuai dengan tuntutan manusiawi.
      Selain itu,konteks pendidikan seni rupa disekolah umum membuktikan adanya dikotomi dan hanya sekadar pengetahuan tambahan sehingga pemahaman seni rupa tidak secara mendalam difahami oleh anak didik .Pelajaran seni rupa seolah-olah merupakan pelajaran asing yang tidak ada hubungannya dengan matapelajaran IPA,matematik,IPS,maupun lainnya.Bentuk tugas,tema,serta metode yang dinalarkan mengajak anak didik seolah-olah berimpathy sebagai seniman.Hal ini menyebabkan pendidikan seni rupa tidak mungkin berkaitan dengan eksperimen ilmu dan teknologi yang dinalarkan dalam mata pelajaran fizik,matematik dan sebagainya .Sebaliknya matapelajaran fizik dan matematik menjadi terlalu verbal,mempelajari prinsip hokum dan rumus sehingga kehilangan potensinya untuk merangsang inovasi-inovasi teknologi.Ini kerana siswa tidak dilatih berfikir visual,mengembangkan idea-idea baru yang imajinatif yang seharusnya ditawarkan dalam mata pelajaran seni rupa.Disinilah pentingnya tujuan pendidikan seni rupa yang esensialistik yang dikemukakan didepan.
      Oleh kerana itulah maka apabila pendidikan seni rupa pun tidak memberikan jenis pengembangannya ini para siswa akan selamanya tidak memperolehnya,Dan hasil daripadanya adalah manusia-manusia yang tidak peka akan seni rupa,bahkan tidak peka akan keindahan-indahan visual yang ada disekitarnya untuk selama-lamanya.[11]
      Dan kalau kita mengamati pendidikan seni di Indonesia secara umum kondisinya masih sangat  memprhatinkan,seperti apa yang pernah ditulis beberapa orang di surat khabar yang pernah terbit.
  1. Penciutan porsi pendidikan seni (terutama dilembaga pendidikan umum dan Taman kanak-kanak hingga tingkat SMU),telah menjadi kendala yang memacetkan pemahaman kesenian . 
  2. Proses belajar kesenian terlampau berpihak kepada sekadar pengetahuan “tambahan” telah menempatkan pemahaman kesenian sebagai program yang dicampakkan.
  3. Orentasi pendidikan yang mengesampingkan pemahaman kesenian dalam kurikulum serta merta mengeluarkan kesenian dari skala prioritas penting
  4. Proses penghargaan (aspresiasi)kesenian lebih mementingkan kepada hasil akhir(karya) bukan kepada proses menjadikan orentasi pemahaman yang semata-mata mengejar kepentingan materi.
  5. Proses keberadaan kurikulum kesenian dan proses belajar mengajarnya yang tidak ditilik secara saksama telah membentuk situasi pendidikan kesenian menjadi  kedodoran.
  6. Realitas tersebut belum tuntas difikiran dan diejawantahkan ke dalam bentuk kebijakan pendidikan yang kelak menjadi supra-struktur pendidikan kesenian.[12]
Sistem pendidikan kesenian disekolah-sekolah umum di Indonesia sampai sekarang ini masih amburadul, akibatnya anak didik tidak memiliki kemampuan sekaligus pemahaman yang benar mengenai kesenian itu sendiri.Selain kerana ketidakfahaman terhadap kesenian itu sendiri,kesalahan dalam pendidikan kesenian disekolah-sekolah umum juga disebabkan para elit pemimpinyang berada dipuncak kekuasaan belum menyedari sepenuhnya erti dan hakikat kesenian.[13]
            Ironis memang, dimana pendidikan seni diharapkan untuk mencapai tujuan pendidikan umum sebagaimana diutarakan di depan,justru kurikulumlah yang menyebabkan masalah yang sangat kompleks.Yang jelas pendidikan seni rupa sudah mendesak untukdikaji kembali system pendidikan ini,sehingga anak didik menganggap seni rupa bagian yang integral yang bisa dimanfaatkan oleh mata pelajaran lainnya.
1V  Kesimpulan
            Peranan pendidikan dalam hidup dan kehidupan manusia sangat penting dan mempunyai berbagai aspek bagi kelangsungan setiap individu.Seni dalam pendidikan umum, adalah merupakan suatu rangkaian yang tidak dapat diabaikan, sebab dalam kehidupan manusia kedua unsur ini saling terikat.Seni pada hakikatnya hidup dan melekat dalam kehidupan manusia,halnya demikian dengan pendidikan seni rupa disekolah umum sangat bermanfaat sekali bila dibimbing secara profesional sehingga siswa  dapat memainkan peranan yang nyata dan benar-benar dapat memahami selok-belok dalam upaya pengembangan seni.
            Dengan demikian diharapkan para siswa benar-benar timbul kesedarannya dalam mempelajari seni rupa sehingga terjadi penghayatan diri yang mampan.Oleh kerana itu pendidikan yang merupakan suatu proses pertumbuhan individu perlu diperhatikan pengembangan kekuatan , bakat, kesanggupan dan minat, melalui seni melatih kepekaan anak didik terhadap nilai-nilai keindahan dan memupuk,merangsang kreativitas anak didik dapat mengkomunikasikan aspirasi jiwanya dalam karya cipta seni rupa.Segala pengalaman yang didapati dituangkan kedalam bahasa yang dapat dimengerti melalui seni rupa.
            Jadi yang jelas, pendidikan seni rupa disekolah umum perlu dipertajamkan sehingga menjadi yang tepenting dalam mengembangkan aktivitas, penyaluran imajinasi dan fantasi yang sangat bermakna dalam memelihara kreativitas serta produktivitas bagi anak didik.Oleh kerana itu pendidikan seni rupa disekolah umum harus disesuaikan dengan perkembangan zaman, tuntutan pembangunan, kerana suatu saat masyarakat akan sedar apa yang diperlukan dalam zaman teknologi sekarang ini tidak semata-mata “verbal thinking” tapi juga “non verbal thinking” dimana seni rupa mempunyai peranan yang dominant.



[1] Ki Hajar Dewantara,1997, Pendidikan, Majelis Luhur Persatuan Taman Siswa, Yogyakarta , p. 70.
[2] Wasty Soemanto, Psikologi Pendidikan , Bina Aksara, Jakarta , 1984, p.102.
[3] Ki Suratman, Pendidikan dan Pengembalian Sumber Daya Manusia Peringatan 70 tahun Tamansiswa,Majelis Luhur Persatuan Tamansiswa , Yogyakarta, 1992, p. 249.
[4] Suwaji Bustomi,(1990), Wawasan Seni ,Semarang: IKIP Semarang,p. 10
[5] Kurikulum SMU Landasan, Program Dan Pengembangan,Departmen Pendidikan Dan Kebudayaan, Jakarta,1993 .
[6] Diah Latifah Dan Sulastianto, Pendidikan Seni untuk SMU,Ganeca Exact, Bandung, p. 26.
[7] Soedarsono, SP, “Quo Vadis Pendidikan Calon Guru Seni Rope Kita ,” Journal Seni , Edisi Oktober, BP ISI Yogyakarta,Yogyakarta, 1992, p. 102.
[8] Ibid.,pp. 102-104.
[9] A.A Navis, “Seni Dan Pendidikan” , Makalah Konggres Kesenian Indonesia-I, 1995, p.6.
[10] Soedarso SP., Op.Cit.,  p. 99.
[11] Ibid., 105.
[12] Mamannoor , Membongkar Kunci Pendidikan Kesenian,Harian Republika, 31 Desember 1995.
[13] Sri Hastanto,Sistem Pendidikan Kesenian Indonesia Masih “Amburadul” , Kompas, 10 Oktober 2000.

APLIKASI SENI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENGENALAN

Seni merupakan satu bidang yang unik. Keunikan bidang ini telah memberikan peluang kepada manusia untuk berada dalam dunianya. Hal ini kerana, ada yang menjadikannya hanya sebagai  minat, kerjaya, sumber pendapatan dan sebagainya. Namun seni tetap berada pada kedudukannya yang tersendiri.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.  Selain daripada itu juga, seni boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh seperti Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Selain itu, menurut Howard Gardener (1983) lagi, pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Manakala Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai pendidikan kanak-kanak.
Di samping itu, gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Sebagai contohnya Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Pengajaran seni dalam pendidikan merupakan salah satu matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
 Oleh itu, Seni dalam pendidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Selain daripada itu juga, Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu, melalui aplikasi seni dalam pengajaran dapat membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga dapat membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Tambahan pula, aplikasi seni juga boleh memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional serta  membantu perkembangan insaniah secara seimbang dan menyeluruh.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata Pelajaran                            : Kajian Tempatan
Kelas                                           : 5 Adil
Bil Murid                                    : 24 orang
Masa                                            : 80 minit
Tarikh                                         : 11 Oktober 2010
Tema                                           : Sejarah Negara Kita
Tajuk                                           : Latarbelakang Parameswara dan Sejarah Pembukaan                           
                                                     Melaka
Objektif Pengajaran                    : Guru menerangkan mengenai latar belakang Parameswara dan                                                                                                                    
                                                       Sejarah pembukaan Melaka. 
Hasil Pembelajaran                     : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
                                                                                                                      i.      Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
                                                                                                                     ii.     Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
                                                                                                                   iii.     Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke    Melaka.
                                                                                                                  iv.       Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.

Pengetahuan Sedia Ada                : Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau  
                                                         pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Bahan Bantu Mengajar                 : Gambar, buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, kad arahan,
                                                        Lembaran kerja dan LCD.
Nilai-nilai Murni                           : menghargai dan menyayangi negara kita.
Penyampaian                                 : Kemahiran berfikir, kemahiran koperatif, sumbang saran,
                                                        Kaedah pemerhatian, lakonan,inkuiri penemuan

Rancangan Pengajaran Harian


Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan tajuk
- Guru menunjukkan gambar Kota A Farmosa yang
terdapat di negeri Melaka.
- Berdasarkan gambar, guru menanyakan soalan
kepada murid.
Contoh soalan:
a) Pernahkah murid melihat
gambar ini?
b) Apakah yang dapat dilihat
melalui gambar ini?
c)     c) Di negeri manakah terdapatnya kota A Farmosa ini?
- Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu
pengasasan Melaka

KBKK:
Menjana idea

Kemahiran:
Berfikir, melihat, mendengar

ABM :
Gambar


LANGKAH 1 (15 minit)



- Guru meminta murid merujuk buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, halaman 51-52.
-Murid diminta membaca petikan ”Pengasasan
Melaka” yang terdapat pada halaman tersebut.
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang Parameswara dan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
- Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi
lembaran kerja yang diberikan.
-Guru membincangkan jawapan murid dan memberi
penjelasan lanjut tentang latarbelakang Parameswara
dan sebab-sebab Parameswara berhijrah.

Kemahiran :
berfikir, mendapatkan
maklumat, memproses
maklumat, menyampaikan
maklumat

ABM:
Buku teks,
Lembaran kerja
Slide power point

Nilai : Bersyukur
dan berbangga









Langkah 2
(15 minit)








-Murid diminta merujuk petikan ”Pengasasan
Melaka”di dalam buku teks Kajian Tempatan.
-Secara berpasangan murid diminta menanda dan melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta Asia Tenggara berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut.
-Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan peta perjalanan Parameswara. -Guru membincangkan jawapan murid dan menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan
Parameswara.

ABM :
Buku teks Kajian Tempatan, Peta Asia Tenggara, Slide Power point

Nilai Murni :
Kerjasama

LANGKAH 3 (25  minit )

-Guru menayangkan sajak perjuangan dan sedutan
animasi kepada semua murid.
-Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
- Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu melakonkan peristiwa pembukaan Melaka
berdasarkan skrip yang diberi.
-Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi
melakonkan watak yang diberikan
Kaedah:
Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal,
kecerdasan muzik, naturalis

ABM :
Kad arahan Skrip ”Bagaimana Melaka mendapat nama”

LANGKAH 4 (15 minit)

- Pembentangan /persembahan hasil kerja kumpulan
-Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka
Kaedah:
Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik,
visual ruang, interpersonal,
kecerdasan muzik, naturalis

Nilai murni :
Bekerjasama

PENUTUP
(5 minit )

-Guru merumuskan kembali pelajaran hari ini dengan mengimbas kembali pengasas Melaka dan peristiwa yang membawa kepada pembukaan Melaka.
-Guru memberi pengukuhan dengan soalan kuiz ringkas menggunakan multimedia.
-Aktiviti susulan :
Murid diminta membuat sebuah laporan pendek tentang peristiwa Pembukaan Melaka sebagai kerja rumah. Mereka juga diminta melakar semula peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
dalam laporan tersebut.


KBKK :
Menjana idea

Strategi :
Penerapan




REFLEKSI
Di akhir pembelajaran , pelajar merasa gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada hari ini diselitkan dengan unsur-unsur kesenian, di mana pelajar memainkan peranan dengan melakukan lakonan dan berpuisi untuk menjayakan pembelajaran pada hari ini. Melalui subjek ini juga pelajar dapat menghayati dan merasai sendiri situasi yang ingin disampaikan oleh guru, keadaan ini sekali gus membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dan lancar.
Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk nilai kerjasama di antara mereka. Nilai kerjasama ini dapat dilihat melalui kerjasama ditunjukkan dalam aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Walaupun setiap pelajar memainkan peranan masing-masing, namun mereka masih lagi bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjayakan  aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa nilai murni masih lagi menjadi tunjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan juga hubungan antara guru dan pelajar terjalin dengan lebih erat. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan guru secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini membolehkan pelajar senang berinteraksi dan beramah mesra dengan guru tanpa ada halangan dan sekali gus menjadikan hubungan antara guru dan pelajar bertambah erat.